MDD?

Hye readers!



Tajuk hari ni more kepada perasaan. Dalam kehidupan kita memang banyak character yg kita jumpa. Ad yang outspoken, ad yang diam tak berkutik, ad yang biasa-biasa je, ad  ngan kwn baik je baru boleh ngam dan macam" lagilah.

Semua character tu akan berubah bila surronding atau enviroment kita pun lain. Contohnya, kalau kat rumah ada orang lebih serius. Tapi bila ngan kawan dia gila-gila tak ingat dunia.  Rasanya benda tu tak pelik pun, sebab sometimes kita try nak adapt ngan environment tu.


Cuma kita tak boleh nak tilik perasaan orng based on character tambah lagi bila dia unpredictable. Tu masalah besar dalam community kita, sebab bila kita boleh nak faham orng yg ada dekat ngan kita, kita anggap dia tak ngam. Last solution, kita tinggalkan dia.

Part paling sedih, sikit pun kita tak try tanya dekat orng tu,
kenapa dia jadi macam tu?
 Kenapa dia selalu sedih?
Kenapa dia selalu marah-marah?

Masyarakat kita tak prihatin. Malah lebih suka mengambil jalan mudah menjauhkan diri. Akhirnya orang tu keseorangan dan takde kwan. Ataupun lebih kejam, viral dan membawang. lol

Contoh mudah, satu housemate tapi bila ada masalah tak tahu nak berbincang. End up pendam, sampai salah sorang makan hati. Takde sorang pun housemate tanya, kenapa dia berubah? Kenapa dia selalu marah? Pendam, pendam, pendam akhirnya dendam.

Lagi satu contoh dalam family. Ada adik beradik yang memang troublemaker. Semua benda pelik dia buat sampai susahkan family. Then, semua marah dia, semua sound dia sampai dia jadi depressed. Tapi takde sorang pun tanya, kenapa?



Bersikap prihatin sebelum menghukum. Allah ciptakan dua telinga, dua mata satu mulut. Lebihkan pemerhatian dan kebolehan mendengar. Jangan banyak menghukum menggunakan mulut.

Kadang-kadang rasa banyak orang depressed sebab orng sekeliling dia cm tak kisah pasal dia. Diaorang banyak alami benda yang terlalu tragik.

So lebih baik bertanya sebelum menghukum. Sepuluh orang buat dekat sorang, lama-lama yang sorng tu boleh kena MDD.
Nampak luaran macam okay, tapi dalaman sebenarnya dia dah simpan banyak rasa.

So kita nk share kat korang pasal MDD. MDD ni salah satu disorder yang memerlukan bimbingan psikologi. So why not kalau korang try ambik tahu. Manalah tahu rupanya ada orng yang dekat dengan korang mengalami MDD tanpa korang sedar.




๐Ÿ˜žMajor Depressive Disorder (Kemurungan)

Seseorang itu mengalami satu perasaan (mood) yang sangat rendah, rasa rendah diri yang amat sangat dan kehilangan minat atau nikmat dalam aktiviti-aktiviti yang biasanya menyeronokkan. Keadaan ini boleh melumpuh dan  menjejaskan kehidupan sesebuah keluarga, kerjaya atau pembelajaran seseorang. Tabiat tidur dan makan minum dan kesihatan seseorang itu turut terjejas. Di Amerika Syarikat, kira-kira 3.4% daripada orang yang mengalami Major Depressive Disorder (kemurungan) membunuh diri. Kemurungan ini harus dikesan pada peringkat awal lagi untuk mengelakkan daripada susah untuk dipulihkan atau pemulihan yang perlahan. Ini akan menjejaskan dan memburukkan lagi kesihantan seseorang itu. Serangan ini biasanya bermula pada umur di antara 20 dan 30 tahun, dengan kemuncaknya antara 30 dan 40 tahun.

❗️Ciri-cirinya seperti berikut:

1.Kemurungan berlaku pada kebanyakan masa dalam sehari dan berlaku hampir setiap hari, seperti yang dinyatakan oleh pesakit (contohnya, merasa sedih atau kekosongan) atau pemerhatian yang dibuat oleh orang lain (misalnya, muncul menangis). Jika kanak-kanak atau remaja, ini boleh dicirikan sebagai perasaan cepat marah.

2.Hilang keinginan atau kesoronokan dalam semua atau hampir semua aktiviti pada kebanyakan masa dalam satu hari dan berlaku hampir setiap hari.

3.Hilang berat badan yang ketara sedangkan ia tidak disengajakan (tidak lakukan diet) atau berat badan yang menaik dengan ketara. Iaitu perubahan berat badan 5% daripada berat badan dalam sebulan. Selera makan sama ada mengurang atau meningkat setiap hampir setiap hari.

4.Insomia (tak dapat tidur)atau hypersomnia (terlebih tidur)  hampir tiap-tiap hari.

5.Terdapat kelakuan psikomotor seperti mengetuk kaki ke lantai, mengetuk jari di meja, berjalan secara perlahan-lahan seperti ketakutan atau kelakuan lain yang tidak disedari atau disegajakan. Ini juga berlaku hampir setiap hari.

6.Keletihan dan kepenatan hampir setiap hari.

7.Perasaan tidak berguna terhadap diri sendiri atau rasa bersalah berlebihan yang tidak berpatutan dan berlaku hampir tiap-tiap hari.

8.Hilang keupayaan untuk berfikir, menumpukan perhatian atau tidak mampu membuat keputusan. Ini juga berlaku hampir tiap-tiap hari.

So far ini yang kita jumpa pasal MDD. Next time ada info baru, i will update ya!๐Ÿ˜‰



No comments:

Post a Comment

thoughts and ideas

MDD?

Hye readers! Tajuk hari ni more kepada perasaan. Dalam kehidupan kita memang banyak character yg kita jumpa. Ad yang outspoken, ad yan...