Ujian

Assalamualaikum and hye!

As we know everyone in this life has their own struggles and dark sides. No one in this world, have no problems at all. So, I would like to share this story with you.


To be honest, benda ni agak membuka mata aku untuk melihat surrounding dengan lebih terbuka dan jelas. Think out of the box.

Satu hari, aku nampak kawan aku ni dia macam lonely and tak banyak cakap. Jadi aku pun try slow talk dengan dia, tanya dia kenapa?

Dia tanya aku,

"Kalau Allah tak bagi kau ujian kan, kau rasa Allah sayang kau tak? Yelah, Allah kan bagi ujian dekat orang yang tertentu je."

Aku macam pelik tau mula-mula dia tanya macam tu. Aku tanyalah dia apa yang dia fikir sampai macam tu sekali dia tanya.

Dia cakap, dulu Allah bagi dia ujian dalam hidup dia rasa berat sangat. Hampir setiap hari dia nangis, minta tolong dengan Allah. Dia sedih dengan apa yang dia lalui tapi at the same time dia rasa dekat dengan Allah.

Sekarang, bila dah takde ujian dia tak tahu kenapa dia rasa kosong. Should be she feel relieved or happy knowing there is nothing to worried about. Tapi entahlah.

Aku macam terdiam bila dia cakap macam tu. Dan sekarang aku faham apa yang dia cakap.

Ya, sekarang dia memang dah tak ada ujian hidup. Cuma sekarang ujian dia, dia makin rasa jauh dengan Allah sebab ujian hidup dia dah tiada.

Ujian hidup bukan berdasarkan masalah keluarga, pelajaran, kewangan, atau perhubungan dengan orang lain sahaja. Kadang kita lupa, masalah iman kita dan perhubungan dengan Allah.

Betullah orang kata, bila kita berada di tahap keadaan yang senang dan stabil, kita lalai dan leka sebab dah tiada benda yang nak dirisaukan. Kita lupa cara hidup kita yang lalai dan leka tulah sebenarnya masalah untuk kita.

Andai ada terdetik di hati, kita rasa kosong atau makin jauh dengan Dia itu tandanya Alllah masih sayang pada kita kerana dia masih mengetuk lagi pintu hati kita.

Aku ingat ayat kawan aku ni,

"Orang beriman, ujian dia adakah dia boleh terus beriman. Orang yang lalai, ujian dia supaya dia kembali ke jalan yang benar."

Tepuk dada, tanya selera.

Allah Maha Penyayang, tak akan ada istilah Allah tidak sayang akan hambanya jika kita benar-benar mahu Dia berada dekat dengan kita. Moga Allah permudahkan urusan kita








Comments

Popular posts from this blog

Raya Medan

Condemn Confidently

Matriculation Life in KMK 2016/2017